Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Body Mass Index

Friday, September 11, 2009

Kenapa Anda Masih Gemuk

1.Kurang active

Kajian menunjukkan bahawa orang yang bertubuh gemuk sebenarnya makan lebih sedikit dari mereka yang bertubuh kurus.Tetapi kebanyakan mereka yang bertubuh gemuk ini agak malas melakukan pergerakan dan pergerakan mereka juga terlalu perlahan.Kurangnya pergerakan dan penggunaan tenaga akan menyebabkan lebihan kalori dalam tubuh TIDAK dibakar dan masalah berat badan akan terus berlaku.


2. MASALAH SEMBELIT

Ramai di antara kita mengalami masalah sembelit@susah untuk membuang air besar.Masalah sembelit akan menyebabkan lebihan kalori yang tidak digunakan tidak dapat disalur keluar dan terperangkap di dalam tubuh kita,seterusnya diubah menjadi sisa toksin.Pengumpulan sisa toksin di dalam badan adalah sangat tidak elok dan akan menggangu proses diet kita.



3. MASALAH PENCERNAAN

Badan manusia lebih mudah membakar kalori yang lebih kecil berbanding kalori yang bersaiz besar.Jadi makanlah dalam kuantiti yang sedikit tetapi lebih kerap,berbanding makan hanya sekali dua tetapi dalam kuantiti yang banyak.

4. KURANGNYA PENGETAHUAN

Kurangnya info atau pengetahuan tentang nilai kalori yang diambil setiap hari juga boleh menyebabkan proses perlangsingan badan menjadi kurang berjaya.Contohnya:

MAKANAN BERAT SEPERTI NASI LEMAK DIGANTI DENGAN BISKUT CHIPSMORE.Ramai orang beranggapan mereka telah berjaya diet,namun mereka terlupa bahawa sekeping biskut memang tidak mengenyangkan.Mereka perlu ambil sekurang-kurangnya 5 keping biskut dan nilai kalori 5 keping chipsmore hampir sama banyak dengan nilai kalori sebungkus nasi lemak.


5. KURANGKAN LEMAK,BUKAN BUANG TERUS

Ambillah makanan bergoreng hanya 2 kali seminggu,tos kan minyak terlebih dahulu sebelum makan.Kurangkan makan ayam goreng dan kentang goreng.Elakkan dari mengambil kuih-kuih yang bersantan dan snek yang mengandungi lemak yang tinggi.Buang lemak yang melekat pada ayam terlebih dahulu jika anda ingin menyediakan masakan ayam.Jika mampu,masak lah menggunakan minyak sayuran.Gantikan penggunaan mayonis kepada perahan limau nipis.Banyakkan memasak menggunakan kaedah steam(rebus),atau grilled.Pilih susu yang rendah lemak.

PERHATIAN :PRODUK - PRODUK YANG TERDAPAT DI DSALERI ENT TELAHPUN DIGUNAKAN TERLEBIH DAHULU OLEH PIHAK DSALERI SERTA BEBERAPA KENALAN DAN TERBUKTI IA BERKESAN.PIHAK DSALERI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB SEANDAINYA PRODUK TERSEBUT TIDAK SESUAI DAN BERKESAN KEPADA ANDA DAN PIHAK DSALERI JUGA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEATAS SEBARANG KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN PRODUK SETELAH PENGHANTARAN DIBUAT,KERANA IA BERPUNCA DARI KECUAIAN POSLAJU.OLEH ITU TIADA PEMULANGAN WANG SETELAH PEMBAYARAN WANG DIBUAT.